Layout

Wednesday 6 April 2011

saat-saat yang bermakna dalam hidup...

Tanggal 01.04.2011,hari Jumaat yang mulia...nenek dengan tenangnya telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Batu Pahat tepat jam 1.20 minit tengahari semasa semua lelaki umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat...nenek..Cla rindu nenek..nenek adalah seorang wanita yang sangat baik,penyayang dan pemurah..Kami adik-beradik sangat rapat dengan nenek..sebab dari kecil kami dijaga oleh nenek selain our parents..bila nenek dah meningkat usianya,kami pula yang menjaga nenek sepertimana nenek menjaga kami sewaktu kecil..nenek tak pernah putus-asa..nenek sentiasa memenuhkan ibadat-ibadat fardu mahupun sunat walaupun nenek sakit..Kemana kami sekeluarga pergi,mesti ada nenek..lebih-lebih lagi ketika melancong..nenek suka melancong..nenek suka melihat pemandangan walaupun diluar rumah sahaja..nenek suka bergurau dengan cucu-cucunya....Alhamdulillah,Cla dan mak ada disisi nenek sewaktu nenek pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya...Cla bersyukur sebab sempat menjaga nenek di hospital walaupun sekejap..saat-saat itulah yang amat bermakna dalam hidup Cla..Sekarang Cla kat rumah sorang-sorang..huhu..Takpe..Cla redha dengan pemergian nenek..begitu juga kami sekeluarga..kepada kakak-kakak dan adik saya,janganlah terkilan kerana tidak sempat jumpa nenek..mesti ada hikmah disebaliknya..betul tak..kamu semua kuat semangat..kami sekeluarga tidak akan pernah  melupakan nenek..nenek sentiasa berada dalam ingatan kami..kepada sesiapa yng membaca coretan ini,diharapkan dapat menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah nenek saya,Hjh.Sarimni bt.Hj.Suriadi...Moga-moga roh arwah nenek ditempatkan ditempat roh-roh orang yang beriman..amin~Al-Fatihah 

2 comments: